Tips Pemakaian Semasa Mengandung...


Assalamualaikum Wbt,
Hari ni seperti biasa saya tetap mengalami 'Morning Sickness' Ya Allah sampai bila saye nak merasa back to normal again??? Badan terlalu lemah, kerje kat office ni banyak...time tengah hari okey sket...pastu tengok keadaan back to All Out...sabar ajer la alahan yang ku tempuhi...eh aper la melalut cerite hari ni...sorry ya kengkawan...Okey berbalik kepada tajuk asal Tips Pemakaian semasa mengandung...kat sini saye nak share serba sedikit info mengenai pemakaian semasa mengandung..
Kita nih bila dah bergelar bakal ibu perlu lah tahu tatacara pemakaian yang sesuai untuk diri kita agar tampil cantik, selesa, dan bergaya...sebab most person says bile mengandung ni adalah time paling seksy...betul ke? even my hubby also said i'm pretty when preggy perasan lebih plak saye nih...hehe...mungkin pandangan orang masing-masing...All rite back again to the topic...
Adalah menjadi satu kesukaran berpakaian bagi ibu hamil yang baru pertama kali melangkah ke alam kehamilan.
Ramai yang mengeluh kerana ada yang kurang arif dalam memilih pakaian yan sesuai. Biasanya masalah ini lebih kerap dialami oleh ibu-ibu hamil yang bekerjaya.
Pakaian kerja semasa hamil yang sesuai lebih diperlukan berbanding pakaian kerja biasa yang biasanya mempamerkan susuk tubuh mereka dengan pakaian yang sedikit ketat  agar lebih ramping di mata umum.
Berikut adalah beberapa pakaian yang harus dielakkan semasa hamil iaitu;
  • Elakkan memakai pakaian ketat terutama fabrik dari jenis jeans.
  • Elakkan memakai  seluar dalam yang terlalu ketat.
  • Elakkan memakai baju yang terlalu ketat kerana ia akan menekan perut dan tekanan tersebut akan membuatkan anda tidak selesa.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Kasut ini amat membahayakan pemakainya kerana kestabilannya kurang.


Apa yang penting sekali adalah mengamalkan memakai pakaian yang longgar dan bersesuaian dengan bentuk badan anda. Utamakan keselesaan anda dan kandungan anda
Ahaa...itu dia antara tips, info untuk perempuan yang mengandung...sebenarnya banyak lagi..tapi ni di antaranya lah..tak ape lah sebarang info berkenaan anda pun boleh share kat sini..sekurang-kurangnya 'kami' bagi bakal-bakal ibu akan tahu ape yang boleh atau tidak...so we should elakkan ape yang patut okey...

No comments:

Post a Comment